Categories
Selebriti Terkini

Yusof Haslam Harap Perceraian Puteri Sarah Dan Anaknya Tidak Berlaku

Bapa mentua Puteri Sarah Liyana, Datuk Yusof Haslam memujuk menantunya itu supaya menimbang semula keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap anaknya, Syamsul Yusof pada Isnin ini.

Walaupun rumah tangga anaknya tampak seperti retak menanti belah, Yusof Haslam masih berharap ada keajaiban berlaku. Namun jika perceraian yang berlaku, Yusof Haslam akur dengan kehendak menantunya itu.

“Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu.

“Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.

Jelas Yusof Haslam lagi, anaknya perlu membuat perubahan di dalam hidup sekiranya perceraian berlaku.

Beberapa hari lalu, Puteri Sarah, mengesahkan bakal memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini selepas suaminya membuat pengakuan telah berkahwin dua.

Puteri Sarah dilaporkan berkata, dia enggan melengahkan masa dan mahu memfailkan perceraian segera.

 

Categories
Selebriti Terkini

Puteri Sarah Bakal Failkan Perceraian Terhadap Syamsul Yusof Isnin Ini

Isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah dijangkan bakal memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah pada Isnin ini.

Ini susulan beberapa siri kontroversi kisah keretakan rumah tangga selebriti popular tersebut selepas Syamsul Yusof mengumumkan telah berkahwin lain pada minggu lepas.

Perkara tersebut kemudian disahkan oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah. Peguam terbabit turut memberitahu pada ketika ini, hanya permohonan cerai sahaja yang akan difailkan Isnin ini.

Baru-baru ini melalui menerusi coretan di Instagram Syamsul Yusof meminta supaya Puteri Sarah pulang ke rumah bagi berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka yang difahamkan telah berlarutan sejak sekian lama.

Pendedahan tersebut membuatkan isteri pertamanya, Puteri Sarah menarik nafas lega kerana suaminya sudah mengaku berkahwin dua namun memberitahu banyak perkara yang tidak benar didedahkan Syamsul dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.

Sumber: Kosmo

Categories
Selebriti Terkini

Lepaskan Saya .. Saya Tak Rela Dimadu – Puteri Sarah

Selepas Syamsul Yusof memuat naik gambar kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar di akaun Istagramnya dengan kapsyen:

”Selamat pagi. Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,”

Kini giliran Puteri Sarah pula membuat hantaran ringkas di akaun Istagram miliknya yang ditujukan kepada Syamsul Yusof.

“saya minta lepaskan saya kerana awak masih gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta awak adalah seorang suami yang toxic dan narcissistic.”

Sama-sama kita doakan yang baik2 untuk semua.

Categories
Selebriti Terkini

Ira Kazar Sah Isteri Kedua Syamsul Yusof

Desas-desus pernikahan antara Syamsul Yusof dan Ira Kazar akhirnya terjawab apabila Syamsul sendiri mengumumkan perkahwinan mereka telah dilaksanakan di Thailand hari ini.

“Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan”

Pengumuman tersebut dibuat menerusi rakaman video di akaun Istagram miliknya. Ujarnya juga mengharapkan Puteri Sarah untuk pulang ke rumah berbincang tanpa perlu menghebahkan di laman sosial.

“Saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

“Apa saja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,”