MYAirline Hentikan Operasi Serta Merta

Syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline) hari ini mengumumkan penggantungan operasi berkuatkuasa serta merta sehingga ke tarikh yang akan diumumkan kelak.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut, keputusan penggantungan operasi ini adalah kerana MYAirline Sdn. Bhd. mengalami tekanan kewangan sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

“Tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.

Susulan penggantungan operasi tersebut, seramai 125,000 penumpang yang terjejas. MYAirline menasihati penumpang yang terjejas supaya tidak ke lapangan terbang selain mencari alternatif lain untuk ke destinasi mereka.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, MYAirline  memberi jaminan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bagi membuat bayaran balik kepada semua 125,000 penumpang yang terjejas.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories