Malaysia Cipta “World Guinness Record”, Seramai 685 Berkumpul Berpakaian Kostum Spider-Man

Baru-baru ini, Malaysia berjaya mencipta Rekod Dunia Guinness apabila mengadakan perhimpunan terbesar dengan memakai kostum Spider-Man di Aeon Mall Bukit Tinggi, Klang. Acara ini adalah hasil kerjasama Sony Malaysia dan Aeon Mall bersempena dengan tayangan Spiderman: Across The Spider Verse yang sudah mula ditayangkan sejak 1 Jun lalu.

Rekod itu disampaikan sendiri oleh wakil Guinness World Record iaitu Kazuyoshi dengan mengesahkan ianya telah memecahkan rekod dunia membabitkan seramai 685 peserta tidak kira umur, jantina atau bangsa.

Untuk makluman, rekod terbabit sebelum ini dipegang oleh Sony Pictures Entertainment (India) dengan mengumpulkan seramai 601 Spider-Man pada 15 Disember 2021

Sumber TGV Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories