Jalin Kerjasama Dengan UTHM, Pekerja Domino’s Boleh Bekerja Sambil Belajar

Domino’s Pizza Malaysia menjalinkankan kerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi membolehkan pekerjanya melanjutkan pengajian di universiti berkenaan sambil bekerja.

Ketua Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Abdul Rahman, berkata program Jana Kerjaya-Belajar Sambil Bekerja itu dijangka akan memanfaatkan sehingga 40 pekerja sepenuh masa, daripada pengurus kedai kepada penghantar makanan.

Setelah tamat pengajian, peserta akan dianugerahkan Sijil Kompetensi oleh UTHM yang mana kedua-dua kursus adalah sebahagian daripada kursus semasa yang ditawarkan dalam Sarjana Muda Teknologi Perkhidmatan Makanan dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Rangka Kerja Kelayakan Malaysia (MQF)

Mengulas lanjut, Shamsul Amree berkata, usaha itu adalah bukti komitmen syarikat dalam membolehkan pekerja melanjutkan kerjaya dengan fleksibiliti untuk belajar sambil memperoleh pendapatan yang mampan.

Kami mahu mereka berkembang dengan Domino’s Pizza sambil kami berusaha untuk menjadi Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) penghantaran mampan yang dominan di setiap pasaran.

Sumber: Berita Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories