Gandingan mantap Beto Kusyairy dan Diana Danielle berjaya menjadikan Filem Imaginur antara filem lokal terbaik pernah dihasilkan.
Imaginur mengisahkan tentang seorang lelaki, iaitu Beto yang mengalami masalah tersangkut dalam satu fasa/masa yang membuatkan beliau pergi ke pusat hipnosis untuk merawat penyakitnya.
Hasil naskhah Nik Amir Mustapha mendapat reaksi positif di laman sosial Twitter. Malah ada juga penonton yang menitiskan air mata memandangkan apa yang dipaparkan begitu dekat dengan hati mereka. Imaginur juga mendapat rating tingi di IMDb iaitu 8.6/10.
Antara rezeki yang kita sering lupa untuk hargai adalah kemampuan kita untuk mengingat. Ini mesej yang paling penting yang aku dapat dari #Imaginur; yang paling memberi kesan. Menggambarkan isu kesihatan mental, Alzheimer.
Penulisan, arahan dan lakonan yang sangat cantik. 🏔📚🧿 pic.twitter.com/RdliEialus— Megat ‘Adli (@TheFunSizeGuy) February 23, 2023
IMAGINUR! The poster is very intriguing and decided to watch it immediately and fret not. It’s so good. The cinematography, the soundtrack, the whole setup and acting were superb! Storyline pening pening awal awal but it will all make sense in the end. Tears were shed. 8.5/10⭐️ pic.twitter.com/9BPj6nYQgu
— Iman 💫 (@imanrzmn) February 25, 2023
Nak hargai org yg kita syg, raikan dgn bwk tgk #IMAGINUR
Nak pujuk org yg kita pernah lukai, ajak tgk #IMAGINUR
Amazing story by @rdzaminhat, impeccable performance by all the cast & matured direction by @_nikamir
Worth every penny, worth every teardrop.#HarusTonton— Bront Palarae (@Bront_Palarae) February 23, 2023
Selain Beto dan Diana Danielle, barisan pelakon seperti Datuk Afdlin Shauki, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar dan Mior Hashim Manap juga merupakan pelengkap untuk filem ini. Jangan lupa saksikan filem Imaginur di pawagam berdekatan. #SupportFilemLokal