AirAsia X Bawa 1.08 Juta Penumpang Pada Suku Ketiga 2024

AirAsia X Bhd dilaporkan membawa 1.08 juta penumpang pada suku ketiga 2024, mewakili 34 peratus peningkatan dari tahun ke tahun selain mencapai faktor muatan penumpang yang kukuh iaitu sebanyak 84 peratus, meningkat empat mata peratusan.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, prestasi tersebut dicapai apabila lebih banyak pesawat kembali beroperasi sepanjang tahun lalu yang secara efektif meningkatkan kapasiti tempat duduk sebanyak 27 peratus dari tahun ke tahun kepada 1.28 juta tempat duduk, manakala kapasiti kilometer tempat duduk tersedia (ASK) meningkat sebanyak 17 peratus dari tahun ke tahun kepada 5.14 bilion pada suku ketiga 2024.

Dari segi rangkaian pada suku ketiga 2024, AirAsia X melancarkan penerbangan ke Changsha (empat kali seminggu) dan Madinah (dua kali seminggu) serta memperkenalkan semula laluan Taipei-Osaka (tujuh kali seminggu) sebagai memanfaatkan hak kebebasan kelima yang dimilikinya di pasaran.

“Hubungan udara juga diperkukuhkan lagi untuk memanfaatkan dua laluan yang paling menguntungkan iaitu Hangzhou (menjadi enam kali seminggu) dan Xi’an (menjadi empat kali seminggu),” katanya.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories