AirAsia terus komited untuk memacu industri pelancongan di Asean dengan melancarkan kempen jualan 5 juta TEMPAT DUDUK PERCUMA* pertama pada tahun ini ke destinasi domestik dan antarabangsa.
Para tetamu boleh terbang ke destinasi domestik seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Sibu, Kota Kinabalu dan banyak lagi daripada RM23* dan ke destinasi antarabangsa termasuk Bali, Krabi, Jakarta, Macao, Shenzhen, Guangzhou, Phu Quoc, Bandar Ho Chi Minh, Singapura dan banyak lagi daripada RM60*.
Bagi mereka yang ingin terbang lebih jauh, AirAsia X menawarkan penerbangan ke Gold Coast, Busan, Taipei, Tokyo dan banyak lagi dengan tambang rendah termasuk semua daripada RM329* sehala untuk tempat duduk Ekonomi. Penerbangan tersedia untuk tempahan bermula 10 hingga 19 Februari 2023 dengan tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 10 Disember 2023.
Setelah merintis perjalanan udara dengan tambang rendah di Asia, AirAsia telah membawa hampir 800 juta tetamu dalam tempoh dua dekad yang lalu. Pra-pandemik pada tahun 2019, syarikat penerbangan itu telah membawa lebih 25 juta tetamu ke Malaysia, dan lebih 40 juta tetamu ke rantau Asean serta 17 juta tetamu ke Asia Utara.
Sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbesar dan syarikat penerbangan keempat terbesar (termasuk syarikat penerbangan perkhidmatan penuh) di Asia, AirAsia terus mengembangkan rangkaian dan kepimpinan pasarannya. Untuk melengkapkan rangkaiannya, AirAsia Malaysia (AK) akan memulakan semula perkhidmatannya ke empat destinasi di China iaitu Macao, Shenzhen, Guangzhou dan Kunming. Syarikat penerbangan itu juga bersedia untuk mengalu-alukan penerbangan pertama dari Guangzhou pada hari Sabtu ini dengan faktor muatan sebanyak 96%.
Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery
*Promosi TEMPAT DUDUK PERCUMA tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.