Elmina Lakeside Mall yang dijangka dibuka kepada orang ramai pada suku ketiga 2024 mengesahkan telah menerima 85% kadar penghunian.
Antara jenama yang bakal menghuni Elmina Lakeside Mall adalah Jaya Grocer, Harvey Norman, The Coffee Bean & Tea Leaf, Nak Nak, Inside Scoop, Kenny Hills Bakers, Jibby & Co, Chica Bonita, Sushi Zanmai, Para Thai, Super Saigon, Dolly Dim Sum, Watsons, Toys“R”Us, Twigs Bookshop, Lavender Bakery, Nyonya Colors, Ali, Muthu & Ah Hock, The Bike Artisan, Pets Wonderland, Happy Fish dan banyak lagi.
Pusat beli-belah di kejiranan Bandar Elmina dengan keluasaan lantai kasar kira-kira 400,000 kaki persegi ini merangkumi 712 tempat letak kereta, dan menawarkan pelbagai tawaran menarik termasuk restoran pandu lalu, pilihan tempat makan tempatan dan antarabangsa, produk rumah dan gaya hidup, perkhidmatan dan kemudahan, kesihatan dan kesejahteraan serta butik gaya hidup.
Di sesi keterlibatan bersama para penyewa di tapak pembinaan Elmina Lakeside Mall, Ketua Pegawai Operasi – Pembangunan Perbandaran Sime Darby Property, Appollo Leong menyatakan bahawa minat daripada pemilik perniagaan menunjukkan pengaruh kedudukan pusat beli-belah yang strategik ini. “Kami mengalu-alukan rakan kongsi perniagaan kami yang telah memilih Elmina Lakeside Mall sebagi destinasi utama untuk memperkenalkan kedai baru mereka. Kepercayaan mereka terhadap produk kami adalah bukti kepada persekitaran runcit yang menarik yang ingin kami wujudkan. Kami berterima kasih kepada rakan rakan kongsi yang telah menyertai kami untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang hebat dan menetapkan standard baru untuk kecemerlangan.”
Tambahnya lagi: “Kami amat teruja untuk memperkenalkan pusat beli-belah kejiranan terbaru kami, satu ruang dinamik yang direka bentuk untuk pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan. Dengan pelbagai jenis jenama yang terkemuka, tawaran khas, dan kemudahan yang terkini, kami yakin bahawa Elmina Lakeside Mall akan menjadi tempat tumpuan utama untuk para pengguna dan pembeli. Kami bukan hanya membina destinasi membeli-belah; kami juga sedang mencipta pusat komuniti gaya hidup untuk penduduk.
Sebagai pusat beli-belah pertama di Bandar Elmina, Elmina Lakeside Mall menawarkan peluang untuk perniagaan yang ingin meraih pasaran yang pesat berkembang di kalangan penduduk sedia ada di dalam dan sekitar perbandaran ini. Berhadapan dengan Elmina Urban Park, Elmina Lakeside Mall direka dengan konsep perniagaan al fresco dengan unsur-unsur biofilik seperti kedai makan tepi tasik, jalan-jalan berlandskap, struktur air, persekitaran semula jadi dan ciri-ciri yang menarik untuk siaran Instagram.
Elmina Lakeside Mall boleh diakses melalui beberapa laluan utama seperti Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (“DASH”), Lebuhraya Koridor Guthrie (“GCE”), Lebuhraya Baru Lembah Klang (“NKVE”) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (“LATAR”).