Penyanyi Shila Amzah, memberi bayangan hubungan percintaannya dengan pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ubai Mz sudah berakhir.
Menerusi sebuah hantaran dalam Instagram, Shila memuat naik sekeping gambar bersama Ubai dengan kapsyen terima kasih kerana menemaninya selama lima bulan ini.
Shila atau nama sebenarna, Nurshahila Amir Amzah, dilihat tidak henti-henti menzahirkan ucapan terima kasih atas pengorbanan lelaki itu, selain menegaskan tidak akan melupakan kenangan sepanjang perkenalan mereka.
Kita sudah menjadi pasangan yang sangat hebat. Terima kasih untuk kasih sayang kepada Seth.
Dalam pada itu, perpisahan berlaku secara baik kerana pelantun lagu Patah Seribu itu masih mendoakan kebaikan buat pemilik nama lengkap Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli itu walaupun sudah tidak lagi bergelar pasangan kekasih.
Saya hanya berharap yang terbaik untuk awak. Saya doakan awak dimurahkan rezeki dan semoga dapat segala yang dihajati.