Coway Perkenal Peralatan Rumah Inovatif

Coway Malaysia memperkenalkan identiti jenama yang diperbaharui untuk meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang telus sempena ulang tahun ke-17.

Sejak pertama kali memasuki pasaran Malaysia pada 2006, kepelbagaian produk dihasilkan untuk memberi kepuasan kepada masyarakat.

Coway yang lebih dikenali dengan produk penulen air dan penulen udara, kini mengembangkan lagi penghasilan produk kepada alat peralatan rumah yang lebih holistik seperti penyaman udara dan kerusi urut terbaharu.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, tahun ini adalah tahun yang hebat untuk Coway berkhidmat kepada rakyat supaya dapat menjalani kehidupan lebih sihat dan bahagia.

Katanya, pembaharuan demi pembaharuan bakal dihasilkan sebagai pendorong utama untuk membawa gaya hidup yang lebih baik setiap hari.

“Idea bagi setiap produk seperti penyaman udara itu terhasil apabila tinjauan Coway terhadap keperluan rakyat dijalankan dan amat menitikberatkan keperluan itu buat masa ini.

Di samping, meraikan ulang tahun ke-17, Coway amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada detik perubahan dalam kehidupan isi rumah dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Sumber: Harian Metro

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories