Mandian Menyegarkan Dengan Aroma Dettol Activ-Botany

Dengan jadual kehidupan yang semakin padat hari ini, pengguna sentiasa mencari ketenangan diri dalam pelbagai cara yang mereka boleh dapati – dan salah satu cara yang berkesan untuk meredakan tekanan dan kegelisahan yang berterusan adalah dengan memanjakan diri semasa mandi.

Menambahkan gel mandian yang sempurna kepada rutin harian boleh meningkatkan mood dan menaikkan semangat. Itulah yang difikirkan oleh Dettol, jenama Perlindungan Kuman #1 di Malaysia, semasa mencipta rangkaian Dettol Activ-Botany. Diinspirasikan oleh alam semula jadi dan dibuat dengan bahan-bahan terbitan tumbuhan, rangkaian baharu ini memberikan pengalaman memanjakan diri yang lengkap dan pada masa yang sama terus memberikan perlindungan kuman yang dipercayai dengan setiap pam.

Tersedia dalam dua varian yang menenangkan iaitu Dettol Activ-Botany Lavender & Chamomile dan Green Tea & Bergamot, formula jernih yang berbuih dengan mudah dan memberikan pengguna sensasi rasa khasiat botani yang membuatkan kulit berasa lembut dan licin. Ia juga diuji oleh pakar dermatologi tanpa sisa kimia yang keras membuatkan kulit pengguna berasa segar, tenang dan lembap.

Varian Lavender & Chamomile tepu dengan wangian Lavender dan Chamomile premium. Aromanya yang menenangkan dan serta merta memberikan keselesaan boleh menghilangkan keletihan serta membantu untuk mendorong tidur manakala Chamomile pula menenangkan dan mencerahkan kulit yang kusam serta menjadikan kulit lembut, anjal, ceria dan kelihatan sihat.

Pengguna yang ingin merangsang dan menyegarkan badan dan minda akan jatuh cinta dengan varian Green Tea & Bergamot. Aroma sitrus memberikan kesegaran yang tidak boleh dilupakan, manakala teh hijau terkenal dengan sifat anti-penuaan yang bagus untuk kulit.

Pelancaran baharu ini, memantapkan pemahaman Dettol tentang keperluan pengguna dan kepentingan menjaga kebersihan diri yang baik supaya dilindungi daripada kuman dan bakteria sambil membekalkan kulit dengan khasiat yang sangat diperlukan.

Dengan matlamat untuk terus melindungi, memberi yang terbaik dan memupuk dunia yang lebih sihat, Dettol Activ-Botany sesuai untuk mereka yang mencari teman mandian semula jadi, menghidratkan dan mampu milik yang boleh dinikmati setiap hari, oleh seisi keluarga.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories