Sejak dibuka penghujung tahun lalu, Bertam Resort & Water Park yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang menerima kunjungan ramai penggemar taman tema air.
Berorientasikan sentuhan Asia Barat dengan mempunyai 14 tarikan, taman tema air yang mampu memuatkan kira-kira 1,000 pengunjung pada satu-satu masa itu menjadi daya tarikan terbaharu pengunjung khususnya di utara Semenanjung.
Bercirinya penginapan bertaraf sehingga lima bintang, resort yang terletak bersebelahan taman tema air itu pula telah dibuka pada Februari lalu.
Buat masa ini tiket ke Bertam Resort & Water Park dijual pada harga:
Weekdays (Selasa – Khamis)
- Kanak-Kanak (12 tahun ke bawah): RM38.50 sen
- Dewasa: RM58.50 sen
- Warga Emas (60 tahun ke atas): RM38.50
Weekend (Jumaat – Ahad & Cuti Umum)
- Kanak-Kanak (12 tahun ke bawah): RM44
- Dewasa: RM67.20 sen
- Warga Emas (60 tahun ke atas): RM44