MR D.I.Y Kembangkan Kreativiti Murid Sekolah Menerusi Program ‘Walk With Sytle’

Apabila Malaysia mengubah peraturan warna kasut sekolah di sekolah-sekolah kebangsaan dari warna putih ke hitam, ia menyebabkan bekalan kasut kanvas putih melebihi permintaan di seluruh negara.

Bagi mengelakkan kasut-kasut tersebut terbuang begitu saja, peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I,Y,] telah mencipta satu idea yang inovatif – melibatkan murid-murid sekolah dalam proses mengitar tinggi (upcycling) dan memberi nafas baharu kepada kasut-kasut tersebut.

Inisiatif “Walk with Style” MR D.I.Y., yang merupakan kerjasama dengan Soroptimist International Damansara [SID], telah menyaksikan lebih 750 murid sekolah dari Selangor, Perak, Kedah, dan Kuala Lumpur menggunakan bekalan peralatan seni dari MR D.I.Y. untuk mencipta pelbagai jenis kasut sekolah yang menyeronokkan dan bergaya dengan rekaan yang unik dan tersendiri.

Murid-murid tersebut berasal dari Pusat Pembelajaran Edufun, Ipoh, Perak; Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah; Rumah Aman Sungai Buloh, Selangor; Pusat Pembelajaran Komuniti Pelarian Myanmar (MRCLC); dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Para sukarelawan dari MR D.I.Y Cares dan Soroptimist International turut membantu dan memberi panduan kepada murid-murid tersebut. MR D.I.Y. juga menyediakan peralatan seni seperti pen marker, cat, berus lukis, aksesori, dan serbuk kilat.

Secara keseluruhan, sebanyak lebih 750 pasang kasut sekolah putih telah dikitar tinggi.

Mengulas tentang usaha ini, jurucakap dari MR D.I.Y. berkata, matlamat MR D.I.Y. adalah untuk menjadi sebuah perniagaan mampan yang memberi impak positif pada komuniti di mana usaha tersebut adalah sebahagian daripada peranan dalam mendidik rakyat Malaysia mengenai keperluan untuk mengguna semula, mengurangkan, mengitar semula dan mengitar tinggi. Inilah salah satu cara kita membina masyarakat yang mampan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories