Nokia mengumumkan rancangan untuk menukar identiti jenamanya buat kali pertama dalam hampir 60 tahun selepas menukar logo ikonik lama mereka kepada yang baharu.
Difahamkan, Nokia tidak lagi menjual telefon pintar secara terus kepada pengguna, namun kini menukar model perniagaan dengan menjual peralatan kepada syarikat telekomunikasi. Nokia merancang untuk mengkaji semula laluan pertumbuhan perniagaan yang berbeza dan mempertimbangkan alternatif termasuk pelupusan.
Pekka Lundmark, CEO Nokia berkata, syarikat mahu menghasilkan sesuatu yang baru yang memberi fokus kepada telekomunikasi dan industri digital.
Ianya sangat berlainan dengan penghasilan telefon pintar seperti sebelum ini.
Selain mengembangkan perniagaan peralatan telekomunikasi, Nokia akan menumpukan pada penjualan peralatan kepada perniagaan lain. Ia termasuk rangkaian dan peralatan 5G persendirian untuk kilang automatik yang akan meletakkan syarikat itu sebagai pesaing kepada Microsoft dan Amazon dalam bidang tersebut.
Telefon pintar Nokia sedia ada di bawah HMD Global bagaimanapun akan kekal dijual menggunakan logo lama.