Kelab Bola Sepak Tottenham Hotspur mengumumkan satu kerjasama selama dua tahun bersama DASHING, jenama minyak wangi dan deodoran lelaki sejak lebih 25 tahun.
Kelab ini akan bekerjasama bersama DASHING untuk memacu kesedaran jenama di Malaysia melalui kempen periklanan dan siaran perlawanan bola sepak secara langsung semasa perlawanan Kelab ini.
Ryan Norys, Ketua Pegawai Hasil, Tottenham Hotspur, berkata: “Kelab ini berbangga dengan semangat penyokongnya yang semakin berkembang di serata Asia, dengan kewujudan Kelab Penyokong Rasmi yang mantap di Malaysia, dan kami menantikan DASHING berinteraksi dengan peminat kami di seluruh rantau melalui kerjasama ini.”
Saki Goh, Pengurus Kanan Pemasaran di Wipro-Unza Malaysia, berkata:
“DASHING amat berbesar hati untuk menjadi Rakan Rasmi Tottenham Hotspur, sebuah kelab Liga Perdana Inggeris yang berprestij. Kerjasama ini sejajar dengan misi kami untuk memperkasakan lelaki muda dan moden agar tampil dengan penuh keyakinan dan meraikan keunikan personaliti mereka. Dengan menawarkan rangkaian eksklusif yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pengguna kami demi mengejar kecemerlangan, baik di dalam mahupun di luar padang bola sepak.”
Dikenali dengan wangian yang tahan lama, DASHING memperkasakan penampilan diri lelaki muda dan moden untuk mengekspresikan diri mereka dengan yakin. Jenama ini menawarkan pelbagai produk penjagaan diri, termasuk minyak wangi Eau de Toilette, deodoran, produk gaya rambut, dan bedak talkum untuk memenuhi pelbagai aspek keperluan penjagaan diri lelaki.