Tak Jadi Naik, BNM Kekal OPR Pada 3 Peratus

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Ia selepas MPC membuat keputusan luar jangkaan pada Mei dengan menaikkan OPR 25 mata asas kepada 3.00 peratus.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

MPC katanya akan terus menilai bahawa risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad.

Sebelum ini wujud ura-ura mengatakan kadar OPR bakal dinaikkan akibat daripada inflasi teras yang masih melebihi purata yang dicatatkan sebelum ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories