Peminat Milo Boleh Nikmati Minuman Sensasi Coco Xtreme Di Tealive

TEALIVE menjalin kerjasama dengan Milo bagi melancarkan rangkaian minuman eksklusif Coco Xtreme yang akan memuaskan kerinduan setiap penggemar coklat bersama beberapa pilihan topping.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, kerjasama itu adalah pencapaian baharu bagi Tealive yang memenuhi jaminan pihaknya iaitu ‘Bukan Sekadar Teh’.

Kami gembira apabila Tealive bekerjasama dengan Milo, minuman malt coklat yang paling digemari di Malaysia, untuk menawarkan minuman gaya hidup yang memenuhi selera pelanggan.

Menurutnya, ini adalah kerjasama kedua bersama Nestlé selepas menjalin kerjasama bersama KitKat tahun lalu yang menyaksikan sambutan luar biasa daripada peminat sehingga stok dihabiskan lebih pantas dari yang dijangka.

Tawaran masa terhad ini memberikan pengalaman yang terbaik dari kedua-dua jenama iaitu rasa segar yang menyelerakan Bang Bang atau smoothies Tealive bersama topping yang disertakan bersama kebaikan dan kelazatan Milo bagi melancarkan tenaga mereka untuk pergi lebih jauh.

Tiga minuman baharu yang dilancarkan adalah Signature Crunchie Smoothie dengan Milo dan Pearl, Bang Bang dengan Milo dan Pearl dan Matcha Crunchie Smoothie dengan Milo dan Pudding.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories