Resort World Genting mengalu-alukan sahabat handai dan seisi keluarga untuk meraikan Ramadan ini dengan pengalaman inspirasi gastronomi 6,000 kaki dari paras laut!
Tahun ini pusat peranginan popular tersebut fokus untuk mengembalikan nostalgia hidangan klasik Melayu di beberapa lokai antaranya ‘Jom Makan @ Awana’, ‘Jom Makan @ SkyAvenue’, ‘Medan Selera’, dan banyak lagi.
Jom Makan Awana @ Resorts World Awana
Ini adalah tempat yang sesuai untuk berehat di malam Ramadhan anda dengan hidangan bufet Ramadhan yang kami hasilkan dengan teliti. Di samping pembuka selera yang sangat lazat, anda boleh menikmati gabungan ‘Kambing Bakar,’ ‘Sup Aneka,’ ‘Rendang Tok’ yang lazat dan bermutu tinggi, dan banyak lagi! Dilengkapi dengan pelbagai jenis minuman yang menyegarkan, anda pasti akan berpuas hati dan berasa segar sepanjang Ramadhan!
Bufet berharga RM128 (Dewasa) dan RM70 (Kanak-kanak) dari jam 6:30 petang hingga 9:30 malam.
Hubungi +603 6436 9000 atau e-mel kami di awanaf&b@rwgenting.com untuk menempah tempat duduk anda sebelum 30 Mac 2023 untuk menikmati harga early bird pada RM98 (Dewasa) dan RM60 (Kanak-kanak).
Jom Makan @ Tingkat 4, SkyAvenue
Untuk menikmati hidangan kulinari yang tiada tandingannya, ‘Set Nasi Tomato’ di Jom Makan kini akan menjadi set tambahan yang utama dan menarik, khas untuk Ramadhan ini. Para pengunjung dapat menikmati hidangan yang bersaiz besar yang dilengkapi dengan kurma dan seketul ayam berperisa tradisional seperti ‘Ayam Masak Merah,’ ‘Ayam Goreng Berempah’ atau ‘Ayam Panggang Madu’ serta segelas minuman yang menyegarkan.
Anda boleh menikmatinya dengan hanya RM32 sahaja bagi setiap orang. Set ini akan tersedia setiap hari bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 9.00 malam.
The Olive @ Lobi, Genting Grand
Nikmati pengalaman kulinari yang penuh inspirasi pada bulan Mac dan April ini! Chef kami akan menghidangkan set makanan istimewa yang merangkumi tradisi Melayu tercinta dari seluruh Malaysia, seperti ‘Nasi Tomato’ dengan ‘Ayam Masak Merah’, ‘Jelatah Timun’, ‘Papadom’, ‘Dalcha Kambing’ dan minuman yang menyegarkan. Sebagai alternatif, tetamu juga boleh memilih hidangan istimewa kami yang kedua iaitu ‘Nasi Minyak’. Hidangan ini disertakan dengan ‘Ayam Percik’, ‘Acar Timun’, ‘Dalcha Kambing’ serta minuman lazat yang akan menghilangkan dahaga anda!
Semua set berharga RM68, dan boleh didapati setiap hari dari 23 Mac hingga 30 April, jam 5:00 petang hingga 11:00 malam.
Medan Selera @ Tingkat G, SkyAvenue
Pastikan anda singgah di Medan Selera untuk menikmati hidangan ‘Setalam Ramadhan’ apabila berada di pusat membeli-belah kami! Seperti namanya yang unik, hidangan ini merangkumi pelbagai juadah tradisional Melayu seperti ‘Tilapia Bakar dengan Sambal’, ‘Ikan Keli Masak Lemak Cili Padi’, ‘Kerabu Selun’, dan banyak lagi yang disajikan di atas dulang – untuk menggamit memori masakan Melayu asli.
Hidangan ini cukup sempurna dengan kombinasi warna-warni serta rasa yang membuka selera anda. Hidangan ini dilengkapkan dengan segelas ‘Teh Lemon Ais’ dan pencuci mulut yang menyegarkan!
Set untuk 2 orang ini boleh didapati dengan harga RM59 bagi setiap set, bermula dari jam 5:00 petang hingga 9:00 malam setiap hari.