Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, MAGGI® Malaysia mengukuhkan lagi komitmen kemasyarakatannya melalui beberapa siri inisiatif yang bertujuan meringankan beban masyarakat.
Sejak tahun 2005, MAGGI® telah meneruskan tradisi mengagihkan Bubur Lambuk kepada komuniti-komuniti sempena bulan Ramadan. Tahun ini, MAGGI® merancang untuk mengagihkan lebih daripada 200,000 mangkuk Bubur Lambuk di lebih daripada 280 lokasi di seluruh negara. Selain itu, MAGGI® juga bekerjasama dan memperkasakan para tukang masak komuniti supaya dapat memberi makanan kepada lebih ramai orang dengan menawarkan produk dan bahan masakan MAGGI® untuk menyediakan Bubur Lambuk di flat Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara, rumah anak yatim dan pusat-pusat komuniti.
Bagi merasmikan permulaan pengagihan Bubur Lambuk, MAGGI® menganjurkan majlis pelancaran bersama dengan pengerusi dan para tukang masak PPR Desa Rejang. Sejumlah 5,000 mangkuk Bubur Lambuk diagihkan kepada para penduduk Desa Rejang, yang secara langsung mencerminkan semangat gotong-royong dan nilai kebersamaan yang dipegang teguh oleh MAGGI®.
“Sambil mengagihkan Bubur Lambuk untuk menyokong ribuan rakyat Malaysia sempena bulan Ramadan, kami juga meraikan tukang masak komuniti yang berpenat lelah memasak untuk masyarakat di kawasan PPR mereka dan sekitarnya. Dedikasi mereka memberi inspirasi kepada kami di MAGGI® untuk meluaskan lagi kebaikan yang dilakukan terhadap komuniti mereka. Ini mengukuhkan lagi misi kami untuk memupuk semangat kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia dengan menyokong tukang masak komuniti melalui penghargaan kami dan perkongsian kisah mereka kepada rakyat untuk meraikan ‘Jiwa Ramadan’ yang sebenar,” kata Cik Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen menyeluruh MAGGI® untuk meraikan “Jiwa Ramadan dan Raya” iaitu para tukang masak yang menyediakan hidangan berkhasiat dengan sepenuh hati untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri. Melalui siri video yang penuh inspirasi, MAGGI® menghormati dan menghargai wira yang tidak didendang ini di sebalik setiap hidangan, sekaligus meraikan pelbagai kisah mereka.
“Dengan perayaan yang bakal tiba, kami mengenang para wira tidak didendang iaitu tukang masak yang telah bertungkus lumus di sebalik setiap jamuan perayaan. Pastinya terdapat gerangan istimewa dalam setiap keluarga dan komuniti, di mana sajian yang disediakan mengingatkan anda kepada mereka. Ini kerana setiap suapan mencerminkan kegembiraan yang mereka peroleh dengan berbakti kepada keluarga dan masyarakat. Di MAGGI®, kami ingin menghargai dan mengiktiraf dedikasi mereka dengan berkongsi kisah-kisah dan menyokong usaha mereka untuk mencipta detik-detik makanan yang menggembirakan dan meneruskan resipi turun-temurun kegemaran keluarga mereka,” kata Cik Tan.
Jadikan MAGGI® teman setia di dapur dan kayakan pengalaman perayaan anda, baik di dapur mahupun di luar. Layari laman web MAGGI® “Dikaulah Jiwa Ramadan dan Raya” untuk maklumat lanjut tentang hadiah menarik dan resipi kreatif untuk inspirasi memasak anda.