Lotuss Stores (M) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melancarkan aktiviti lapangan pertamanya bagi kempen Sama-Sama Hidup Baru bersama rakan kongsi amalnya, Kechara Soup Kitchen di Pusat Khidmat Gelandangan, Medan Tuanku.
Pusat ini menyediakan perlindungan dan sokongan kepada 280 gelandangan dan komuniti miskin bandar.
Ia adalah aktiviti lapangan yang pertama daripada lima lagi lokasi inisiatif untuk membantu gelandangan, golongan terbiar dan komuniti miskin bandar untuk bangkit semula dalam meneruskan hidup, menyediakan akses kepada penjagaan kebersihan dan juga makanan yang selamat dan berkhasiat yang akan berlansung pada sepanjang tahun ini.
Bersama-sama merealisasikan program ini, Lifebuoy dan Clear menyumbangkan 280 pek penjagaan kebersihan kepada individu di Pusat Khidmat Gelandangan, Medan Tunku.
Pengumpulan dana amal digital Sama-Sama Hidup Baru ini dilancarkan pada Disember tahun lalu, dengan matlamat untuk memberi permulaan baharu kepada 3,000 golongan gelandangan dan golongan terbiar.
Pelanggan boleh mengambil bahagian dalam program #KitakanJiran dengan menderma sekurang-kurangnya 390 mata MY Lotus’s (RM2) melalui aplikasi Lotus’s Malaysia.
Sumber: Harian Metro