KSL Esplanade Mall Di Klang Bakal Terima Pengunjung 31 Mei Ini

Pusat Beli-Belah KSL Esplanade Mall di daerah Klang Selatan, yang dibangunkan oleh anak syarikat KSL Holdings Berhad dijangka beroperasi pada 31 Mei 2023.

Dilengkapi dengan empat (4) aras dengan ruang runcit berkeluasan 650,000 kaki persegi, KSL Esplanade menyasarkan pengalaman membeli-belah tanpa had kepada hampir satu (1) juta populasi yang menetap sekurang-kurangnya 30 ke 45 minit masa perjalanan dari lokaliti ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai pembangunan kompleks beli-belah ini, Pengarah Projek KSL, Patrick Khoo turut berkongsi beberapa keistimewaan KSL Esplanade Mall, di antaranya taman berlandskap, tapak promosi berkeluasan 4,000 sehingga 10,000 kaki persegi, konsep restoran alfresco, serta taman permainan kanak-kanak yang terletak di Canary Garden Central Park.

Keseluruhan idea ini datang bersama konsep ruang sosial ketiga yang mana menjadikan rumah sebagai ruang sosial pertama, pejabat ruang sosial kedua dan Pusat Beli-Belah KSL Esplanade sebagai ruang sosial ketiga”.

Melalui slogan “More Than Just A Mall” yang menjanjikan pengalaman membeli-belah luar biasa, beberapa aktiviti di dalam dan luar kompleks telah dirangka khusus untuk pengunjung termasuklah pertandingan, tayangan lampu dan muzik, festival, dan acara seni dan budaya yang akan dilaksanakan pada setiap hujung minggu.

KSL Esplanade Mall telah mendapat beberapa penyewa utama iaitu Star Grocer, ENERG X Park, Xctive Kidz, XROLLER, Good2U Concept Store, Al-Ikhsan Sports, Skechers, Starbucks, ZUS Coffee, The Coffee Bean & Tea Leaf, The Chicken Rice Shop, Nihon Shoku, Uncledon’s, Loon Sing Restaurant, PUTIEN, KITA, Pets Wonderland, Houzone, One Living, MR D.I.Y, Toy World, Toyworld Amusement Park, TGV Cinema dan Happy Fish Swimming School manakala barisan penyewa lain bakal diumumkan tidak lama lagi. Setakat ini, projek ini sudah disewa sebanyak 75 peratus.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories