Kad Kredit Visa Islamic CIMB PETRONAS Beri Pulangan Rebat Tunai Tertinggi Di Pasaran

CIMB Islamic Bank Bhd dengan kerjasama Petronas Dagangan Bhd (PDB) memperkenalkan Kad kredit Visa Islamic CIMB PETRONAS dengan rebat tunai PETRONAS yang tertinggi di pasaran.

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i dan CIMB PETRONAS Visa Platinum-i juga adalah kad yang pertama di Malaysia yang menawarkan rebat tunai kepada pengguna untuk pengecasan kenderaan elektrik (EV) di stesen PETRONAS serta parkir kereta tanpa tunai di seluruh negara.

Disesuaikan dengan sempurna untuk memenuhi keperluan pemandu zaman moden, kad itu menawarkan rebat tunai sehingga 12 peratus untuk petrol, Setel dan pengecasan EV di PETRONAS.

CIMB PETRONAS Visa Infinite-i memberi ganjaran rebat tunai sehingga RM120 sebulan, termasuk pulangan tunai sehingga enam peratus untuk barangan runcit, tempat makan dan parkir kereta tanpa tunai untuk membantu pengguna menguruskan kewangan harian mereka dengan lebih baik.

Selain rebat tunai, pemegang kad juga boleh mendapatkan manfaat sifar peratus Easy Pay CIMB dengan bayaran ansuran tanpa faedah ke atas perkhidmatan servis kereta di lebih 50 pusat servis PROTON dan PERODUA di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna dan Digital Kumpulan CIMB, Effendy Shahul Hamid, berkata kerjasama dengan PETRONAS yang kini memasuki tahun yang ke-15 diperkembangkan dengan pengenalan Kad Kredit Visa Islamic CIMB PETRONAS, termasuk kad petrol Visa Infinite yang pertama di pasaran.

“Tawaran ini menunjukkan komitmen kami untuk sentiasa memperkenalkan penyelesaian kewangan inovatif yang memberikan nilai yang lebih besar untuk pelanggan. Produk ini turut memberi ganjaran kepada pengguna dalam peralihan mereka ke arah gaya hidup tanpa tunai serta mampan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Operasi PDB, Khalil J M Muri, berkata kerjasama antara PETRONAS dan CIMB menunjukkan usaha berterusan untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang luar biasa selaras dengan komitmen untuk menambah baik dan memudahkan kehidupan pelanggan.

Sempena dengan pelancaran itu, CIMB dan PETRONAS turut mengumumkan Peraduan ‘Drive4Rebat Hebat’ yang memberi peluang kepada seorang pemegang kad baharu yang bertuah untuk membawa pulang sebuah Hyundai Kona baharu sebagai hadiah utama.

Di samping itu, 15 pemenang bulanan akan memenangi baucar petrol di PETRONAS selama setahun yang bernilai RM1,000 setiap satu, dan 200 pemenang saguhati bulanan akan diberi ganjaran baucar Setel RM50 setiap satu.

Berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2023, peraduan terbuka kepada semua pemegang kad baharu dan sedia ada, bertujuan untuk memberi ganjaran dan nilai tambah kepada pelanggan yang berbelanja di PETRONAS.

Semua pemegang kad utama dan kad tambahan Visa Islamic CIMB PETRONAS layak untuk menyertai Peraduan ‘Drive4Rebat Hebat’ yang akan berlangsung.

Sumber: Berita Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories