Giant Malaysia Kini Milik Syarikat Tempatan

Kumpulan Peruncitan DFI (DFI) memeterai perjanjian untuk menjual perniagaan makanannya di Malaysia, termasuk jenama Giant yang ikonik, kepada kumpulan peruncit tempatan yang diketuai oleh Datuk Andrew Lim untuk jumlah yang tidak didedahkan.

Lim adalah Timbalan Pengerusi kumpulan Sogo Department Store Sdn Bhd serta Pengerusi Eksekutif Gama Group, yang memiliki dan mengendalikan pasar raya Gama dan gedung beli-belah di Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group Asia Tenggara, Chris Bush berkata, pihaknya amat gembira apabila dapat memastikan perolehan perniagaan makanan ini diberi kepada syarikat tempatan yang dihormati dan berjaya.

Dalam pada itu, Lim berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada DFI Retail Group kerana memberi kepercayaan serta amanah kepada memajukan lagi jenama runcit terkenal di Malaysia ini.

Kami, bersama-sama dengan 2,500 rakan serta teman sekerja yang baru ini akan berusaha sebaik mungkin untuk menambah nilai dan meningkatkan ekuiti jenama Cold Storage, TMC, Giant dan Mercato di Malaysia

Sumber: Harian Metro

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories