Untuk jangka masa terhad, Texas Chicken Malaysia mengembalikan menu kegemaran rakyat Malaysia – Ayam 8 Lada dan Biskut Cip Coklat – atas permintaan tinggi pelanggan setiap tahun sejak gandingan popular ini mula diperkenalkan empat tahun lalu.
Kehangatan Ayam 8 Lada ini pasti menambat rasa dengan salutan unik dan lazat gabungan lapan jenis lada – lada hijau Thai, lada merah, lada hitam, jalapeno, chipotle, Szechuan, cayenne dan ancho. Pilihan hangat untuk yang berani mencuba!
Sempena musim perayaan, Texas Chicken juga memperkenalkan set Sampul Duit Raya dengan lima corak berbeza bertemakan keunikan seni Islam. Set sampul Raya ini diberi percuma dengan setiap pembelian kombo Ayam 8 Lada atau pembelian minimum RM20 dalam satu resit bermula dari 7 April 2023. Setiap sampul Raya disertakan kupon biskut cip coklat atau biskut mentega madu percuma dengan syarat pembelian yang ditetapkan.
Pengurus Besar Texas Chicken Malaysia, Tham Yue Foon berkata, Texas Chicken Malaysia sentiasa mendengar permintaan pelanggan kerana sokongan mereka penting untuk mereka terus berkembang. Memandangkan Ayam 8 Lada merupakan pilihan kegemaran rakyat Malaysia, mereka memutuskan untuk mengembalikan tawaran masa terhad ini sempena Ramadan dan Hari Raya, selain promosi dan diskaun sedia ada – untuk dinikmati semua.
Selain itu, sempena bulan Ramadan yang mulia, kami turut menyumbang kepada masyarakat dengan membekalkan 1,500 hidangan Texas Chicken yang disediakan segar kepada rumah kebajikan dan masjid / surau terpilih di sekitar restoran kami untuk buka puasa dan moreh