AEON BiG Mula Jual Menu Rahmah, Lauk Sotong Cuma RM4.95 Sen

AEON BiG (Malaysia) Sdn Bhd (AEON BiG) tampil dengan Program Rahmah merangkumi Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Menu Rahmah dan Pakej Rahmah untuk terus membantu masyarakat mengharungi kos sara hidup yang tinggi selain merancakkan sektor ekonomi negara.

Jualan Rahmah adalah konsep jualan murah yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah inisiatif Payung Rahmah, khusus untuk golongan B40.

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, menerusi Jualan Rahmah pihaknya menawarkan 100 produk terpilih yang dijual pada harga lebih rendah untuk meringankan beban pelanggan.

Katanya, antara barangan terpilih dijual melalui Jualan Rahmah itu termasuk beras, minyak masak, makanan proses, peralatan mandian dan pelbagai keperluan asas lain.

Selain itu, AEON BiG juga memperkenalkan pelbagai set Menu Rahmah berserta air mineral yang berharga RM4.95 saja.

Menu ini terdiri daripada Menu Rahmah Ayam, Menu Rahmah Sotong, Menu Rahmah Ayam Hitam, Menu Rahmah Ayam Lemak, Menu Rahmah Ayam Merah, Menu Rahmah Ikan dan Menu Rahmah Ikan Lemak.

AEON BiG turut menyumbang Bakul Rahmah kepada 180 keluarga daripada kumpulan B40 dan miskin tegar di enam negeri terpilih iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Perak dan Pahang pada hari perasmian semalam.

Menerusi Program Jualan Rahmah, pasar raya menawarkan harga barangan keperluan sehingga 30 peratus lebih rendah bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat terutama golongan rentan.

Sumber: Harian Metro

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories