Sempena Ramadan, Secret Recipe Malaysia tampil dengan hidangan istimewa dari Pantai Timur, Nasi Kerabu hasil kolaborasi bersama chef selebriti, Anis Nabilah.
Menampilkan 3 pilihan lauk yang berbeza, penggemar Nasi Kerabu boleh memilih sama ada anda ingin menikmati hidangan nasi bersama kuah masak lemak ataupun melengkapkannya dengan lauk ayam percik dan juga ikan saba percik.
Bagi setiap pinggan Nasi Kerabu juga, ia turut dilengkapi dengan lauk-lauk asas lain termasuk telur masin, keropok ikan, sambal dan juga serunding kelapa.