Diskaun Saman Trafik Sehingga 31 Mac Sempena Hari Polis

Bersempena sambutan hari Polis Ke-216, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengadakan kempen penawaran diskaun saman trafik sebanyak 60% mulai hari hari ini, sehingga 31 Mac 2023.

Pembayaran tersebut boleh dilakukan di mana-mana kaunter saman trafik di semua ibu pejabat kontijen dan daerah di seluruh negara pada hari bekerja sahaja. Kali ini, pembayaran secara dalam talian juga diterima iaitu menerusi aplikasi MyBayar Saman, jadi tak perlulah anda beratur panjang di mana-mana cawangan kaunter trafik.

Walau bagaimana pun, pemberian diskaun saman ini tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya, saman memotong di garisan berkembar, saman Kemalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan lori, dan saman ubahsuai ekzos.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories