Maybank Islamic Agih Keperluan Asas Makanan Kepada 7,000 Keluarga Sempena Ramadan

Sempena Ramadhan tahun ini, Maybank Islamic Berhad memulakan pengedaran kotak yang mengandungi keperluan makanan asas bernilai RM1.4 juta kepada lebih 7,000 keluarga kurang berkemampuan di 11 negara melalui program tahunannya Ramadhan Relief Serantau (Regional Ramadhan Relief), di Bayan Lepas.

Majlis simbolik penyampaian kotak makanan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Dato’ Mohamed Rafique Merican dan disaksikan Pengerusi Maybank Islamic, Dato’ Zulkiflee Abbas Abdul Hamid dan Pengerusi Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia), Prof Dr Azni Idris kepada 150 penerima manfaat, di sini.

Sejak 2013, program Ramadhan Relief ini telah memberi manfaat kepada lebih 96,000 keluarga yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), individu terjejas COVID-19, gelandangan dan komuniti kurang berkemampuan lain dengan jumlah sumbangan melebihi RM16 juta.

Turut hadir, Pengarah Wilayah Maybank bagi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (PKP), Zolkefli Awang, Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Mohd Shukor Tahir dan Lembaga Pengarah Maybank Islamic, Dali Sardar.

Cek sumbangan bernilai RM10,000 turut disampaikan kepada Pengerusi Masjid Ridwaniah, Mohd Sazali Mahmad Salleh bagi kerja naik taraf balai raya di pekan Bayan Lepas di sini, yang boleh dijadikan pusat pemindahan sementara sekiranya berlaku banjir besar atau sebarang kecemasan.

Sejak tahun 2013, program kemasyarakatan ini telah memanfaatkan lebih 96,000 buah keluarga yang kurang berkemampuan yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), individu yang terkesan dengan COVID-19, golongan tunawisma serta golongan asnaf yang lain dengan jumlah yang diagihkan sebanyak hampir RM 16 juta.

Bagi memastikan pengagihan bekalan makanan lancar, Maybank Islamic dibantu oleh lima pertubuhan bukan berasakan keuntungan (NGO) iaitu Islamic Aid Malaysia (IAM), Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia), MERCY Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Ikhlas.

Antara bekalan makanan asas yang disumbangkan adalah beras, minyak masak, tepung, gula, dan keperluan lain sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan yang bakal tiba.

Pada tahun ini, Maybank Islamic telah memperuntukan dana hampir RM20 juta yang akan diagihkan sepanjang tahun 2023 melalui program-program kemasyarakatan berimpak tinggi seperti projek pertanian bandar, program keusahawanan golongan pelajar dan ibu tunggal serta projek solar panel di Sabah.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories