Kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.23 pagi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali melibatkan lebih kurang 100 orang mangsa dikhuatiri terperangkap.
Setakat jam 5 petang 17 Disember 2022, angka korban meningkat kepada 24 orang yang terdiri daripada 13 perempuan dewasa, 3 lelaki dewasa, 5 kanak-kanak lelaki dan 1 kanak-kanak perempuan. Berbaki lagi 9 orang masih belum ditemui.
Sebagai langkah berjaga-jaga, kerajaan Selangor mengeluarkan notis penutupan semua tapak perkhemahan berhampiran sungai, air terjun, lereng bukit dan lokasi berisiko tinggi berkuat kuasa serta merta selama tujuh hari sehingga arahan baharu dikeluarkan.