Thailand Hancurkan Harapan Malaysia Ke Final Piala AFF

Impian skuad Kebangsaan ke Final Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) hancur selepas juara bertahan, Thailand menumpaskan Malaysia 3-0 pada Separuh Akhir Kedua di Bangkok malam tadi.

Pasukan Gajah Perang berjaya membolosi gawang gol Malaysia pada minit ke-18 hasil tandukan Terasil melalui hantaran lintang kapten pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan.

 

Separuh masa kedua meyaksikan dua lagi gol dari Pasukan Thailand berjaya dibolosi gawang anak buah Kim Pan Gon pada minit ke-55 dan 73.

Thailand menang secara agregat 3-1 melayakkan mereka ke perlawanan akhir bertemu Vietnam yang akan berlangsung 13 dan 16 Januari nanti.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Trending post