Categories
Sukan Terkini

Singapura Tewas 4-1 Menentang Malaysia di Suku Akhir Piala AFF

Sekali lagi Pasukan Malaysia membawa berita gembira apabila berjaya mengalahkan negara jiran, Singapura 4 – 1 di perlawanan suku akhir Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Skuad kendalian Kim Pan-gon berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir apabila menunjukkan aksi garang dengan gol pembukaan apada minit ke-35 hasil tandukan Darren Lok.

Dua gol lagi berjaya dihasilkan oleh Skuad Negara pada separuh masa kedua hasil sepakan Stuart Wilkin pada minit ke-51 dan 54. Walaubagaimanapun. Singapura tetap bersemangat apabila berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Faris Ramli pada minit ke-85.

Sergio Aguero mengekalkan kedudukan selesa Skuad Negara dengan jaringan gol keempat pada minit ke-88. Malaysia akan bertemu juara bertahan Asia Tenggara, Thailand di peringkat Separuh Akhir.