Categories
Sukan Terkini

Malaysia Menang Tipis 1-0 Berhadapan Thailand

Skuad Harimau Malaya menang tipis 1-0 menentang Thailand pada Separuh Akhir Pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Anak didik bimbingan Kim Pan Gon, Faisal Halim berjaya membuatkan pasukan Thailand terkedu hasil jaringan awal pada minit ke-11.

Malaysia sekali lagi berjaya menghasilkan jaringan kedua hasil tandukan Dominic Tan  pada minit ke-55 akan tetapi dibatalkan oleh pengadil apabila didakwa berlaku kekasaran terhadap pemain Thailand.

Separuh Akhir kedua akan berlangsung di Bangkok pada 10 Januari 2023.