Categories
Selebriti Terkini

Artis Malaysia Pertama Menang Anugerah Golden Globes

Tan Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah apabila menjadi artis pertama kelahiran Ipoh, Perak memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem (Muzikal/Komedi) di Anugerah Golden Globe ke-80.

Michelle Yeoh memenangi anugerah tersebut menerusi filem “Everything Everywhere All At Once” sekaligus mengalahkan finalis lain termasuk Margot Robbie (Babylonn) , Anya Taylor-Joy (The Menu) , Emma Thompson (Good Luck To You, Leo Grande) dan  Lesley Manville (Mrs Hariss Goes To Paris).