Potong Gaji Menteri 20%, Antara Pencapaian Pertama Kerajaan Perpaduan

Menerusi Sidang Media Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Kabinet bersetuju untuk memotong gaji semua menteri sebanyak 20 peratus berkuatkuasa tahun 2023.

Perkara ini diputuskan selepas mesyuarat pertama beliau bersama Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa ahli kabinet yang lain.

Antara perkara lain yang dipersetujui ialah, mulai Januari 2023 cabutan khas perjudian diturunkan kepada 8 kali setahun berbanding 22 kali pada 2022 yang dilaksanakan daripada kerajaaan terdahulu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memperuntukan sebanyak RM10 juta pada bulan ini kepada para pesawah padi miskin. Hal ini dapat dicapai setelah berbincang bersama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Trending post