Search
Close this search box.

PM Tetap Pendirian Tak Benarkan Pengeluaran Wang KWSP Lagi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya untuk tidak membenarkan satu lagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pencarumnya.

Jika sebelum ini pengeluaran KWSP dibenarkan kerana wabak Covid-19, Anwar kali ini tegas memberitahu wang pencarum mesti disimpan untuk kegunaan masa depan.

Kita mempunyai kecemasan (Covid-19) sebelum ini tetapi keadaan berubah. Rakyat kini dibenarkan pergi bekerja.

Jelas Anwar wujud tekanan politik untuk meluluskan pengeluaran namun kerajaan tetap dengan keputusan melindungi wang pencarum daripada dikeluarkan lagi.

Susulan itu, beliau menegaskan kerajaan perlu mencari jalan lain bagi meringankan beban rakyat dalam usaha memastikan dana pelaburan negara itu tidak terjejas.

Sumber: Sinar Harian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories