Peruntukan RM1OO Juta Buat Mangsa Banjir di Terengganu & Kelantan

Berikutan banjir besar yang melanda Terengganu dan Kelantan, Kerajaan bersetuju untuk memberi peruntukan sebanyak RM100 juta kepada mangsa banjir di negeri tersebut. Peruntukan itu melibatkan sebanyak RM50 juta buat mangsa banjir di Kelantan dan RM50 juta buat mangsa banjir di Terengganu

Sehubungan dengan itu, bantuan sebanyak RM1,000 akan diberikan untuk setiap Ketua Isi Rumah bagi mangsa yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Manakala bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir.

Ujar Datuk Seri Anwar juga, Sambutan Ambang Tahun Baru yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada tahun ini akan dibatalkan bagi menghormati bangsa banjir yang dialami negara.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Trending post