Search
Close this search box.

Kumpulan Jakel Sasar Jualan RM1.3 Bilion Tahun Ini, Naik 30 Peratus

Kumpulan Jakel menyasarkan jualannya meningkat sekitar 30 peratus kepada RM1.3 bilion tahun ini berbanding RM1 bilion yang dicatatkan tahun lalu, susulan sektor ekonomi yang kembali dibuka pasca COVID-19 termasuk promosi baharu syarikatnya iaitu Jualan Rahmah Baju Raya Jakel.

Pengarah Urusan Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata syarikat itu menawarkan lebih tiga juta pasang baju terdiri daripada baju melayu serta pakaian wanita dan kanak-kanak sempena Aidilfitri tahun ini dengan 40 peratus daripadanya telah terjual setakat semalam.

Pihaknya yakin mampu menjual sekurang-kurangnya 90 peratus daripada jumlah pakaian berkenaan.

Beroperasi di tempat baru berkeluasan 80,000 kaki yang lerletak 200 meter dari premis lama di Pusat Komersial Seksyen 7, gedung itu mampu menampung seramai 10,000 pengunjung dalam satu-satu masa.

Mengenai premis lamanya yang terbakar, Mohamed Faroz berkata premis itu masih dalam proses ujian kekuatan bangunan untuk melihat sama ada bangunan masih kukuh bagi dibaikpulih atau dirobohkan.

Sumber: Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories