Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ yang merupakan bekas Menteri Kesihatan sah mejadi penyampai radio di Hot FM bermula 15 Februari ini.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Media Prima Audio (MPA) menerusi kenyataan yang memberitahu, Khairy akan mengendalikan segmen Bekfes Hot bersama Johan, Fara Fauzana dan AG.
Sebelum ini, selepas KJ digantung keahliaannya sebagai Ahli UMNO, Hot FM membuat tawaran terbuka di akaun Instagram milik mereka menawarkan KJ jawatan sebagai penyampai radio.
Bekfes Hot akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 hingga 10 pagi.