Search
Close this search box.

Kitkat Golden Dragon Edisi Istimewa Sempena Tahun Baru Cina

KITKAT dari Nestle melancarkan KitKat Golden Dragon iaitu coklat edisi terhad yang inovatif sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Produk baharu itu merupakan KitKat pertama di seluruh dunia yang menggunakan teknologi pemarmaran dan pemudaran (Farbling) untuk dihasilkan.

“Teknologi ini membolehkan penciptaan reka bentuk yang rumit, berilhamkan sisik naga mitos yang menyerlah dengan kombinasi warna-warna semula jadi dan terang dalam rona merah dan kuning keemasan.

“KitKat Golden Dragon merupakan edisi di luar kelaziman yang menampilkan perisa Zesty Orange yang lazat. Hasil kajian daripada Mintel menunjukkan bahawa perisa bermusim menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna, dengan perisa oren sebagai trend coklat bermusim yang utama, selain perisa lain seperti kurma, kranberi, malt dan salted caramel,” jelas kenyataan itu.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Confectionery, Carlota Casellas berkata, KitKat® Golden Dragon bukan hanyalah snek coklat biasa dan edisi terhad itu penting kerana Malaysia ialah pasaran pertama di dunia untuk melancarkan coklat KitKat® baharu dengan kombinasi teknologi Farbling.

“Kami teruja untuk membawakan pengalaman snek luar biasa kepada rakyat Malaysia dan mencipta detik-detik bermakna serta mengeratkan tali silaturahim bersama rakan dan keluarga,” kata Casellas.

Sementara itu, sempena sambutan perayaan, KitKat memperkenalkan rangkaian koleksi KitKat Golden Dragon edisi terhad termasuk pek tunggal empat Jejari edisi terhad baharu.

Sebagai sebahagian daripada rangkaian menarik ini, KitKat sangat teruja untuk memperkenalkan aiskrim KitKat U ZU, hidangan lazat yang disaluti dengan perisa yuzu, dilengkapi dengan wafer rangup dan oren kering di atasnya.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories