Juara Bertahan Perancis bertemu Argentina di Final World Cup 2022

Selepas berjaya menewaskan Magribi 2 – 0 semalam di Separuh Akhir, Perancis sekali lagi berjaya ke Pentas Akhir World Cup 2022 di Qatar bertemu Argentina.

Perlawanan dimulakan dengan jaringan awal oleh Theo Hernandez pada minit ke 5. Impian Magribi untuk ke pentas akhir tidak kesampaian selepas Kolo Muani berjaya menjaringkan gol buat Perancis pada minit ke 79 dan sekaligus melayakkan diri mereka ke perlawanan akhir.

Perlawanan akhir akan berlangsung di Lusail Stadium pada 18 Disember 2022 (Ahad) iaitu bersempena dengan Hari kebangsaan Qatar.

 

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Trending post