Croatia Berjaya Raih Kedudukan Ketiga

Croatia berjaya menduduki tempat ketiga selepas mengalahkan Maghribi 2 – 1 di Stadium Khalifa sebentar tadi. Maghribi terpaksa akur dengan mengakhiri musim Piala Dunia Qatar 2022 di tempat keempat.

Tandukan Josko Gvardiol pada minit ke tujuh permainan berjaya menghasilkan gol pertama buat Croatia. Namun selang dua minit kemudian, Achraf Dari berjaya menyamakan kedudukan.

Minit ke 43 Croatia berjaya mendahului permainan hasil sepakan Mislav Orsic. Keputusan 2 – 1 kekal sehingga wisel penamat. Croatia membawa pulang RM123.5 juta manakala, Maghribi dikedudukan keempat RM114.3 juta.

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Trending post