Bayaran STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Esok

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau dahulu dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 akan mula dikreditkan kepada 8.7 juta golongan B40 secara berperingkat mulai esok, 17 Januari 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bayaran STR yang dijadualkan bulan Mac depan diawalkan ke Januari bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Pembayaran STR itu dibuat mengikut kategori penerima dengan empat juta Isi Rumah masing-masing menerima RM300 manakala 1.2 juta warga emas yang tiada pasangan dan 3.5 juta penerima bujang masing-masing menerima RM100.

Sumber Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Trending post