Search
Close this search box.

Ayam Kilau Bakal ‘Bersilat’ Di The Chicken Rice Shop Ramadan Ini

Sempena bulan Ramadan, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah melancarkan menu baharunya iaitu Ayam Kilau yang pedas dan rangup untuk para peminatnya bulan ini.

Tersedia mulai sekarang sehingga 21 Mei 2023 di semua lokasi TCRS, hidangan istimewa ini boleh dipesan dalam 3 set berbeza – Meal A (set 1 orang), Meal B (set 2 orang) dan Meal C (set 4 orang) untuk pilihan makan seorang dan juga untuk makan sekumpulan pada bila-bila masa!

Bulan puasa juga merupakan waktu yang istimewa di mana kita dapat berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan untuk berbuka puasa. Oleh sebab itu, TCRS berbesar hati melancarkan menu baharu ini untuk dinikmati bersama samada di restoran ataupun di rumah. Berkenaan pemilihan perkataan ‘kilau’ ini dijelaskan kerana mendapat inspirasi daripada seni pertahanan diri silat. Dimasak dengan gabungan perapan secukupnya, rasa Ayam Kilau melambangkan ‘keberanian’, apatah lagi apabila digandingkan pula dengan Sambal Hijau Kilau yang pastinya mengasyikkan.

Untuk maklumat lanjut tentang menu baharu Ayam Kilau, sila layari www.thechickenriceshop.com

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

More Stories