Argentina Juara World Cup 2022, Benam Perancis dengan Sepakan Penalti

Argentina akhirnya berjaya merangkul FIFA Juara World Cup 2022 selepas mengalahkan Perancis dengan sepakan penalti 4 -2. Kali terakhir Argentina bergelar juara World Cup ialah pada tahun 1986.

Argentina dan Perancis berbalas gol dengan kedudukan 3 -3 sehingga tamat masa tambahan 120 minit. Kemudian perlawanan diteruskan dengan penentuan sepakan penalti.

Sepakan dimulakan oleh Lionel Messi dan Kylian Mbappe masing-masing 1 -1. Akan tetapi peluang Perancis semakin pudar apabila Kingsley Coman dan Aurélien Tchouaméni gagal menyumbat gol.

Keputusan 4-2 hasil sepakan dari Goncalo Montiel sekaligus membenarkan Argentina membawa pulang trofi Piala Dunia ke Buenos Aires selepas 36 tahun.

Lionel Messi dinobatkan Player of the Match manakala Kylian Mbappe sebagai Golden Boots hasil 8 jaringan gol sepanjang musim 2022 FIFA World Cup.

 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Trending post