Categories
Selera Terkini

Tutti Frutti Buat ‘Comeback’, Buka Cawangan Baru Di Damansara Heights

Pernah digelar antara kedai aiskrim yogurt paling popular di Malaysia satu ketika dahulu, Tutti Frutti kini membuat kemunculan semula apabila membuka kedai terbaru di Damansara Heights.

Menerusi perkongsian beberapa keping gambar di Twitter, Tutti Frutti tampil dengan konsep baharu yang lebih menarik dan fresh. Untuk rekod, hanya beberapa kedai Tutti Frutti sahaja yang masih beroperasi sehingga ke hari ini antaranya Tutti Frutti cawangan Bukit Tinggi, Klang.

Jadi, peminat Tutti Frutti tunggu apa lagi? Jom imbau kenangan anda bersama Tutti Frutti.

Alamat: 81-G, Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, Damansara Heights, Kuala Lumpur.