Categories
Terkini Travel

Terbang Ke Langkawi, Kota Bharu & Penang Cuma RM39 Dengan MyAirline

Syarikat penerbangan kos rendah, MyAirline melanjutkan jualan harga promosi tiket penerbangan ke beberapa destinasi pilihan di Malaysia.

Menerusi poster yang dikongsi di laman web syarikat penerbangan tersebut, penerbangan sehala ke Langkawi, Kota Bharu dan Pulau Pinang dari KLIA2 boleh didapati dengan harga RM39 untuk tarikh terpilih. Tawaran ini juga tersedia untuk penerbangan dari destinasi tersebut ke KLIA2.

Sementara itu harga promosi penerbangan ke Kuching, Miri dan Sibu pula bermula RM69 sehala. Harga tiket ke Tawau dan Kota Kinabalu pula RM99 sehala.

Semua promosi untuk tarikh penerbangan pada bulan Ogos hingga Oktober sahaja beserta percuma 15kg baggage.

Tempahan harga promosi untuk hari ini sahaja (30 Januari 2023)

Hasil carian tiket ke Langkawi pada 25 Oktober 2023

Beserta percuma 15kg baggage

 

 

Categories
Berita Terkini

Mangsa Amukan Lelaki Mental Syukur Pelajar Tahfiz Bantu

Mangsa amukan lelaki mental, Wan Fadhilah Wan Abdullah, berterima kasih kepada sekumpulan pelajar tahfiz kerana telah menyelamatkan nyawanya.

“Nasib baik ada yang datang membantu, jika tidak saya sendiri mungkin sudah mati kerana ditendang dan disepak bertubi-tubi oleh lelaki itu.”

Menurut Fadhilah, dia tidak sangka diserang lelaki tersebut yang pada mulanya kelihatan seperti sedang berlatih silat di sekitar masjid.

“Ketika saya bersiap sedia menaiki motosikal, ada anak tahfiz yang menjerit supaya saya menjauhkan diri kerana terdapat orang kurang siuman, namun belum sempat saya beredar, saya sudah diserang.”

Dalam kejadian yang berlaku di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, semalam, lelaki berusia 20-an yang mengalami masalah mental maut selepas disyaki dipukul.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian pemuda yang mengalami masalah mental dipercayai akibat dipukul itu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Categories
Berita Terkini

Khairy Jamaluddin Antara Yang Dipecat Sebagai MKT UMNO

Bekas Menteri Kesihatan dan ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipecat daripada UMNO

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato’ Onn malam tadi.

Selain itu, Noh Omar juga dipecat atas pintaannya sendiri kerana tidak mahu dirinya digantung selama enam tahun dan MKT bersetuju dengan permintaannya.

Beberapa pemimpin lain turut digantung, termasuklah ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, bekas Ahli Parlimen Jempol; Fathul Bari Mat Jahya, Datuk Salim Mohd. Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

sumber Berita Harian

Categories
Terkini Travel

SplashMania Waterpark Bakal Dibuka 6 Februari Ini, Harga Promosi RM63 Untuk Kanak-Kanak

Taman Tema Air yang paling dinantikan, SplashMania Waterpark akhirnya bakal dibuka pada 6 Februari 2023.

Menerusi satu hantaran di FB rasmi, taman air yang dibangunkan Gamuda Land di perbandaran Gamuda Cove, Banting itu menawarkan harga promosi sempena pembukaan.

Harga tiket ‘Early Bird’ untuk dewasa dijual pada harga RM79 dan RM63 bagi kanak-kanak bermula 25 Januari sehingga 31 Mac 2023. Tiket boleh dibeli di sini.

Lapor Berita Harian, SplashMania mempunyai 24 gelongsor air dan 15 tarikan utama, dengan beberapa daripadanya memberi pengalaman gelongsor air pertama seumpamanya di Malaysia, termasuk gelongsor air Realiti Maya.

Gelongsor air di SplashMania Waterpark direka oleh Polin Waterparks dan ProSlide Technology, peneraju global yang dipercayai sebagai pembangun gelongsor dengan teknologi yang luar biasa dan rekod keselamatan yang inovatif.

Gelongsor air pertama seumpamanya di Malaysia, Shaka Waka ialah gelongsor air multimedia dan audio sepanjang 78 meter yang dilengkapi dengan pelbagai kesan cahaya LED yang boleh disesuaikan oleh setiap individu.

Categories
Selebriti Terkini

Azwan Ali Tak Setuju Cara Mas Idayu Komen Sissy Iman

Azwan Ali menganggap tindakan juri Famili Duo, Mas Idayu yang memberikan komen ‘pedas’ kepada Sissy Iman sebagai keterlaluan dan tidak wajar.

Memandangkan program tersebut disiarkan secara langsung, Azwan berpendapat juri perlu menapis terlebih dahulu kata-kata yang ingin diucapkan.

“Perlu ada batas apabila nak mengamuk atau menghentam peserta. Mas Idayu berhak menegur tetapi ada cara yang lebih baik, berlapik dan beretika sebagai tanda sayang kepada peserta.”

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Azwan juga mengingatkan pihak produksi supaya tidak mencari jalan singkat dengan cara yang keterlaluan untuk mencipta sensasi.

“Pada pihak produksi pula jadikan peristiwa ini sebagai iktibar. Tidak kisahlah nak cipta drama atau kejar rating, jangan gunakan kerusi juri untuk mengeruhkan lagi keadaan serta hormat peserta yang bertanding.”

Terdahulu, cubaan Sissy Iman bersama Naim Daniel yang membawakan lagu Jampi versi keroncong menerima komes pedas daripada juri tetap, Mas Idayu.

Sumber: Utusan Malaysia

Categories
Selebriti Terkini

Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Kini Ditayangkan Di Netflix

Peminat filem tempatan kini sudah boleh menonton filem ketenteraan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di Netflix bermula 25 Januari 2023.

Filem ini mengisahkan tentang Pasukan Khas Udara (PASKAU) diketuai Mejar Adnan (Adi Putra) yang telah terkandas di sebuah wilayah bergolak, Namburi selepas kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditembak pihak musuh ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Redza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corrine, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Terdahulu, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa telah ditayangkan di Astro First pada 27 Oktober selepas mengaut lebih RM31 juta sejak mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Singapura.