Categories
Berita Terkini

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-10

Selepas 5 hari Malaysia menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15, akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

 

Pelantikan ini dibuat selepas Yang DiPertuan Agong berkenan mengadakan perbincangan khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pagi tadi.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10”

Istiadat mengangkat Sumpah Jawatan serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadual jam 5 petang ini di Istana Negara.