Categories
Terkini

Parlimen Penggal ke-14 Dibubarkan

Dalam Ucapan Khas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jam 3 petang tadi, beliau mengumumkan Parlimen Malaysia dibubarkan berkuatkuasa Isnin, 10 Oktober 2022.

Hasil perjumpaan beliau semalam bersama Yang di-Pertuan Agong, Baginda berkenan untuk membubarkan Parlimen ke-14.

“Dengan ini dimaklumkan, bahawa tengah hari semalam saya telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah warkah permintaan kepada Baginda, mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022,”

SPR perlu menetapkan tarikh PRU15 diadakan dalam masa 60 hari menurut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.