Categories
Selera

Menu Baharu KFC Spicy Smoky Crunch Inspirasi Hidangan Dari Portugis

KFC Malaysia memperkenalkan menu terbaharu mereka, KFC Spicy Smoky Crunch. Diinspirasi dari hidangan tradisi Portugis yang terkenal dengan rasa salai sempurna, KFC Spicy Smoky Crunch ini menawarkan rasa salai Portugis dengan kehangatan ekstra, tetapi dengan kerangupan yang sedap hingga menjilat jari!

KFC Spicy Smoky Crunch dan KFC Banana Chocolate Ball boleh didapati di restoran KFC seluruh negara bermula esok. Spicy Smoky Crunch bermula RM17.49 dengan pilihan: (1) Kombo 2-ketul, (2) Kombo 3-ketul, dan (3) Box Meal. Sementara itu, anda boleh mendapatkan Banana Chocolate Ball 5-ketul secara à la carte atau bersama Kombo Wow Bucket 6-ketul, 10-ketul, dan 12-ketul.

Dapatkannya di restoran, pandu lalu, Delivery, dan Self Collect. Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC untuk membuat pesanan.

Categories
Gaya Hidup Terkini

MySejahtera Tambah Fungsi Rekod Derma Darah

Baru-baru ini Aplikasi MySejahtera menambah fungsi baru iaitu Rekod Derma Darah kepada penggunanya. Untuk mendapatkan fungsi terbaru ini, anda perlu kemaskini aplikasi MySejatera kepada versi terbaru. Pengguna boleh melihat rekod jumlah rekod darah yang telah diderma di bahagian profil di Aplikasi MySejahtera. Untuk sesiapa yang ingin menderma darah tapi tidak tahu akan prosesnya, anda boleh mengikut prosedur ini.