Categories
Gaya Hidup Selebriti Terkini Viral

Hero Malaysia “Abang Viva” selamat bergelar Suami

Terkenal dengan Hero Malaysia, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva, selamat bergelar suami kepada Evanoza Zakaria pada Jumaat lalu.

Mereka selamat diijabkabulkan di Pejabat Agama Islam Daerah Ayer Keroh, Melaka. Berita ini dikongsikan sendiri oleh Azwan Omar di akaun TiktokNya secara “live stream”.

Semoga rumah tangga mereka berdua kekal sehingga ke akhir hayat.

Categories
Berita Terkini

19 November 2022, Tarikh PRU15

Menerusi kenyataan media Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada pukul 12.30 tengahari tadi, Pilihan Raya Umum 15 ditetapkan pada Sabtu 19 November 2022.

Tan Sri Abdul Ghani Salleh selaku Pengerusi SPR juga mengumukan beberapa tarikh penting bagi PRU15

  • Hari Penamaan Calon – 5 November 2022
  • Hari Mengundi Awal – 15 November 2022

Tarikh di atas juga melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya di Sabah.

Categories
Selera

Set Mainan “Masak2” Happy Meals

McDonalds Malaysia memperkenalkan set mainan baru Happy Meals iaitu “Lets Play McDonalds”. Terdapat 8 model miniatur restoran McDonalds disediakan. Anda boleh miliki kesemua 8 model secara percuma dengan pembelian Happy Meals bermula dari 13 Oktober hingga 3 November 2022.

Bolehlah berangan jadi akak/abang drive thru nanti!

 

Categories
Selebriti

Neelofa Kongsi Wajah Bilal

Neelofa akhirnya mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah anaknya, Muhammad Bilal.

Neelofa menerusi perkongsian terbaru di Instagram, memuat naik video kompilasi wajah comel Bilal sejak dilahirkan sehingga hari ini.
Baru sahaja sejam dimuat naik, video Reels wajah Bilal telah menerima lebih 1.5 juta tontonan dan 440 ribu tanda suka.

Memang comel Bilal ni!

Categories
Terkini

Parlimen Penggal ke-14 Dibubarkan

Dalam Ucapan Khas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jam 3 petang tadi, beliau mengumumkan Parlimen Malaysia dibubarkan berkuatkuasa Isnin, 10 Oktober 2022.

Hasil perjumpaan beliau semalam bersama Yang di-Pertuan Agong, Baginda berkenan untuk membubarkan Parlimen ke-14.

“Dengan ini dimaklumkan, bahawa tengah hari semalam saya telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah warkah permintaan kepada Baginda, mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022,”

SPR perlu menetapkan tarikh PRU15 diadakan dalam masa 60 hari menurut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.

Categories
Selera

Menu Baharu KFC Spicy Smoky Crunch Inspirasi Hidangan Dari Portugis

KFC Malaysia memperkenalkan menu terbaharu mereka, KFC Spicy Smoky Crunch. Diinspirasi dari hidangan tradisi Portugis yang terkenal dengan rasa salai sempurna, KFC Spicy Smoky Crunch ini menawarkan rasa salai Portugis dengan kehangatan ekstra, tetapi dengan kerangupan yang sedap hingga menjilat jari!

KFC Spicy Smoky Crunch dan KFC Banana Chocolate Ball boleh didapati di restoran KFC seluruh negara bermula esok. Spicy Smoky Crunch bermula RM17.49 dengan pilihan: (1) Kombo 2-ketul, (2) Kombo 3-ketul, dan (3) Box Meal. Sementara itu, anda boleh mendapatkan Banana Chocolate Ball 5-ketul secara à la carte atau bersama Kombo Wow Bucket 6-ketul, 10-ketul, dan 12-ketul.

Dapatkannya di restoran, pandu lalu, Delivery, dan Self Collect. Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC untuk membuat pesanan.